
Salam Sejahtera dan Syabas saya ucapkan kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Kapit yang terlibat dalam membangunkan Laman Web ini. Dengan terbangunnya Laman Web ini, Pejabat Daerah Kapit mampu mengorak langkah kehadapan bersama agensi-agensi Kerajaan yang lain dalam semua aspek tidak kira dalam bentuk pengurusan ataupun pentadbiran.
Saya berharap segala maklumat yang terdapat dalam Laman Web ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan panduan sepenuhnya oleh semua pelanggan yang berurusan dengan Pejabat Daerah Kapit. Seiring dengan ini, Kami berharap Laman Web ini mampu menarik minat para pelanggan yang melayari Laman Web ini.
Akhir kata saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut terlibat dalam Laman web ini dan berharap semua kakitangan Pejabat Daerah Kapit akan lebih produktif, cekap, seterusnya bersatu dan berganding bahu untuk mencapai WAWASAN 2020.
![]()